Monday 20 September 2021

Adakah anda okay? Let’s talk!

Antara artikel yang paling banyak pembaca memberikan respond dalam blog ini adalah berkaitan bunuh diri. (rujuk artikel : Bunuh Diri Dengan Panadol :Bukan Penyelesaian). Ramai pembaca yang meluahkan rasa di ruangan komen yang mereka ingin membunuh diri kerana sudah tertekan.

Adakah Anda Ok? Ketahuilah bahawa anda tidak keseorangan. Luahkan perasaan anda. Dan yang penting, dapatkan bantuan dengan segera sekiranya anda memerlukan. Let’s TALK!

Adakah anda okay? Let’s talk!

Pandemik COVID-19 telah meningkatkan tekanan emosi, kebimbangan dan kemurungan dalam kalangan masyarakat dan memberi kesan kepada kesejahteraan mental setiap lapisan masyarakat di dunia, termasuk Malaysia.

Sehubungan itu, Kementerian Kesihatan Malaysia telah melancarkan Kempen Media Let’s TALK Minda Sihat. Kempen ini berhasrat untuk memperkasa rakyat tampil mendapatkan sokongan dan bantuan bagi mencapai kesejahteraan mental yang lebih baik;  dan menggalakkan ahli keluarga dan rakan kepada golongan yang memerlukan tampil memberikan sokongan dan bantuan untuk mencapai kesejahteraan mental yang lebih baik.

Sekiranya anda atau orang tersayang anda memerlukan sokongan dan bantuan, jangan segan untuk dapatkan bantuan. Let’s talk!

Langkah 1 : Tell your problem to someone you trust. Kongsi masalah dengan orang yang anda percayai.

Langkah 2 : Ask for help. Minta bantuan

Langkah 3 : Listen without judgement. Dengar tanpa menghukum.

Langkah 4 : Know where to seek help. Tahu dimana untuk dapatkan bantuan.

Talian sokongan psikososial

Adakah anda okey? Ketahui di mana untuk mendapatkan bantuan berkaitan kesihatan mental. Anda boleh hubungi talian sokongan psikososial KKM-Mercy Malaysia di talian berikut :

03-29359935

014-3223392

011-63996482

011-63994236

Talian ini dibuka dari 8.00 pagi hingga 5.00 petang setiap hari.



Anda juga boleh imbas kod QR dalam gambar diatas untuk senarai talian bantuan atau boleh layari www.moh.gov.my/anms

 


Tuesday 15 June 2021

Kelayakan Minimum ke Program Farmasi

Sejak keputusan SPM 2021 keluar pada 10 Jun 2021 yang lalu, penulis ada menerima beberapa persoalan dari lepasan SPM berkenaan syarat kelayakan untuk menyambung pelajaran dalam bidang farmasi.

Berdasarkan carian yang dilakukan di laman portal rasmi Program Perkhidmatan Farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia, terdapat satu artikel yang bertajuk Syarat-syarat Kelayakan Masuk Minimum Ke Program Farmasi. Syarat ini dikeluarkan oleh Lembaga Farmasi Malaysia yang berkuatkuasa mulai 15 Januari 2018.

Kelayakan Minimum ke Program Farmasi

Berikut merupakan syarat-syarat kelayakan masuk minimum ke program ijazah farmasi yang dimaksudkan. Setiap pelajar perlu mematuhi Syarat A dan Syarat B (jika ada) seperti di atas sebelum meneruskan pengajian di peringkat ijazah farmasi.


Kemasukan melalui STPM

Syarat A

CGPA 3 dengan gred BBB, ABC atau AAC dalam tiga (3) subjek iaitu;

Biologi; dan

Kimia; dan

Fizik atau Matematik

 

dengan sekurang-kurang nya B dalam subjek Kimia

 

Syarat B

Syarat mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris adalah mengikut ketetapan Kementerian Pendidikan Tinggi.

 

    

Kemasukan melalui A - LEVEL

Syarat A

3B ATAU 2A1C ATAU 1A1B1C dalam Biologi DAN Kimia DAN Fizik ATAU Matematik dengan sekurang-kurangnya B dalam subjek Kimia.

(Dengan merujuk Sistem Skor Universities and Colleges Admission Service

(UCAS) yang dilaksanakan di United Kingdom bagi keputusan A-Level iaitu dengan ketetapan skor  A+ = 140, A=120, B= 100 dan C=80)

*Keperluan 3B yang dicadangkan oleh LFM adalah menyamai jumlah skor 300 dengan B untuk matapelajaran Kimia.

Syarat B

Syarat mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris adalah mengikut ketetapan Kementerian Pendidikan Tinggi.


Kemasukan melalui MATRIKULASI ATAU PRA-PENGAJIAN PERUBATAN DAN FARMASI

Syarat A

Matrikulasi ATAU Pra-Pengajian Farmasi/ Perubatan dengan CGPA 3.0 ke atas dengan sekurang - kurangnya B bagi Kimia. 

Program perlu di jalankan dalam tempoh sekurang-kurangnya 1 tahun.

Syarat B

Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan sekurang-kurangnya 5B dalam Biologi DAN Kimia DAN Fizik DAN Matematik (ATAU Matematik Tambahan) DAN satu subjek lain di peringkat Sijil Persekolahan atau yang setara.

Syarat mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris adalah mengikut ketetapan Kementerian Pendidikan Tinggi..



Kemasukan melalui FOUNDATION DALAM SAINS

Syarat A

Foundation dalam Sains dengan CGPA 3.0 ke atas dengan sekurang - kurangnya B  bagi Kimia.

Program perlu di jalankan dalam tempoh sekurang-kurangnya 1 tahun.

Syarat B

Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan sekurang-kurangnya 5B dalam Biologi DAN Kimia DAN Fizik DAN Matematik (ATAU Matematik Tambahan) DAN satu subjek lain di peringkat Sijil Persekolahan atau yang setara.

Syarat mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris adalah mengikut ketetapan Kementerian Pendidikan Tinggi..



Kemasukan melalui DIPLOMA

Syarat A

Diploma Sains (Kimia atau Biologi atau Fizik) CGPA 3.75 dan ke atas termasuk B dalam subjek Kimia.

ATAU

Diploma Farmasi CGPA 3.5 dan ke atas.

Syarat B

Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan sekurang-kurangnya 5B dalam Biologi DAN Kimia DAN Fizik DAN Matematik (ATAU Matematik Tambahan) DAN satu subjek lain di peringkat Sijil Persekolahan atau yang setara.

Syarat mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris adalah mengikut ketetapan Kementerian Pendidikan Tinggi..



Kemasukan melalui IJAZAH PERTAMA DALAM SAINS

Syarat A

Ijazah Pertama dalam Sains CGPA 2.75 dan ke atas.

(CGPA 2.75 = Gred C+).

Syarat B

-tiada-



Bedasarkan syarat-syarat kelayakan ini, jelas menunjukkan bahawa untuk menyambung pelajaran dalam ijazah farmasi, keputusan SPM masih diambil kira sekiranya ingin menyambung pelajaran melalui matrikulasi / pra-pengajian perubatan dan farmasi / foundation dalam sains / diploma.

Jadi, siapa kata SPM tak penting?
 

sumber dan rujukan
Portal Rasmi Program Perkhidmatan Farmasi KKM. Syarat-syarat Kelayakan Masuk Minimum Ke Program Farmasi. [online] 2018. [cited 2021 Jun 15]; Available from: URL:https://www.pharmacy.gov.my/v2/ms/entri/syarat-syarat-kelayakan-masuk-minimum-ke-program-farmasi.html


Monday 1 July 2019

Persoalan Tentang Bidang Farmasi v3

soalan :

assalamualaikum maaf menggangu saya pelajar Mrsm Terendak N. Izzati ingin bertanyakan beberapa soalan tentang kerjaya farmasi kepada encik
1-bolehkan encik ceritakan serba sedikit tentang kerjaya ini dari segi jawatan,pelajaran dan lain2??
2-apakah halangan yang encik lalui semasa bekerja sebagai seorang ahli farmasi?
3-apakah bentuk personaliti yang diperlukan oleh seseorng ahli farmasi?
4-syarat kelayakan yg diperlukan  untuk kerjaya ini?
5-pengalaman anda sebagai seorang ahli farmasi?
6-Adakah pekerjaan seorang ahli farmasi duduk di kaunter dan beri ubat sahaja?
7-berapakah gaji bersih bagi seorang ahli farmasi?
Terima kasih encik sudi meluangkan masa dengan saya

Jawapan :

1-bolehkan encik ceritakan serba sedikit tentang kerjaya ini dari segi jawatan,pelajaran dan lain2??


Perjawatan farmasi (sektor kerajaan)


Dahulu, kerjaya farmasi boleh dikatakan satu kerjaya yang cerah masa depan. Sebabnya setiap lepasan ijazah sarjana muda farmasi secara automatic akan diserap masuk dalam sector kerajaan sebagai penjawat awam.

Tapi sekarang sudah tidak lagi. Disebabkan perjawatan di Kementerian Kesihatan Malaysia yang sudah tepu, kerajaan telah menggunakan konsep pengambilan kerja secara kontrak. Lepasan ijazah farmasi perlu kerja secara kontrak dengan kerajaan selama 2 tahun.1 tahun sebagai PRP (latihan) dan 1 tahun lagi sebagai FRP (farmasi berdaftar penuh).

Selepas itu, penilaian akan dilakukan. Jika diserap masuk, akan jadi penjawat awam. Sekiranya tak diserap masuk, diberi tempoh lanjutan kontrak untuk 1 tahun lagi. Itu sahaja.

Pelajaran farmasi.


Saya graduasi pada tahun 2014. Sudah 5 tahun. Dalam waktu 5 tahun ini, banyak perkara yang sudah berubah dari segi syllabus. Sebagai contoh, ketika saya di USM dahulu, syllabus lebih kepada clinical sahaja. Tapi sekarang, pelajar boleh pilih untuk ambil jurusan farmasi klinikal ataupun industry.

boleh juga rujuk entri ini : Pemilihan Jurusan Farmasi Melalui UPU

2-apakah halangan yang encik lalui semasa bekerja sebagai seorang ahli farmasi?


Cabaran bekerja sebagai farmasi.


Kerja farmasi ni ada banyak cabang. Setiap cabang ada cabaran yang tersendiri. Sebagai contoh, dulu saya kerja di hospital. Cabaran yang saya hadapai adalah kerja yang terlalu busy.

Kini saya bekerja di bahagian penguatkuasaan farmasi. Cabaran lebih kepada halangan yang dilalui semasa menjalankan serbuan dan rampasan ubat2 yang menyalahi undang-undang.

Dan farmasi di bidang komuniti (farmasi runcit) pula ada cabarannya yang tersendiri.

3-apakah bentuk personaliti yang diperlukan oleh seseorng ahli farmasi?


Saya telah bincangkan di entri ini : Persoalan Tentang Bidang Farmasi

4-syarat kelayakan yg diperlukan  untuk kerjaya ini?


boleh rujuk entri ini  : Kelayakan Minimum Ke Program Ijazah Farmasi

5-pengalaman anda sebagai seorang ahli farmasi?


boleh rujuk entri ini : Farmasi Di Bahagian Penguatkuasaan

6-Adakah pekerjaan seorang ahli farmasi duduk di kaunter dan beri ubat sahaja?


cabang bidang farmasi


farmasi bukan sekadar tukang beri ubat. Ada banyak cabang bidang farmasi yang mungkin tak ramai orang tahu. Malah, farmasi di hospital sahaja sudah ada banyak jurusan yang bukan hanya sekadar tukang beri ubat.

Antara cabang yang sempat penulis kongsikan :
1. Farmasi Di Bahagian Penguatkuasaan
2. Farmasi Kompounding
3. Terapi Gantian Methadone
4. Tugas Farmasi Dalam Hospital

Cabang farmasi lain termasuklah :

farmasi administrasi
farmasi runcit/komuniti
farmasi perindustrian
farmasi pendidikan
farmasi RnD, dan sebgainya.

7-berapakah gaji bersih bagi seorang ahli farmasi?


Boleh rujuk entri ini : Gaji Ahli Farmasi

#AskYourPharmacist 

Saturday 16 March 2019

Pemilihan Jurusan Farmasi Melalui UPU


Penulis baru sahaja dapat email yang menanyakan persoalan tentang Ijazah Sarjana Muda Farmasi dari seorang pelajar matrikulasi yang sedang membuat pemilihan untuk mengisi borang permohonan online Unit Pengambilan Universiti (UPU). Berikut adalah soalan yang penulis terima.

Pemilihan Jurusan Farmasi Melalui UPU



Hi assalamualaikum. Saya AA dari Kolej Matrikulasi Selangor. Saya berminat sangat nak tahu dengan lebih lanjut tentang bidang pharmasi ni (Degree in Pharmacy). Boleh saya tahu;

1) Apa sebenarnya yang saya perlu ada sebagai bakal pelajar kursus farmasi?

2) Recommendation IPTA untuk kursus farmasi selaras dengan peluang pekerjaan selepas grad.

3) How life as a pharmacy student.

Saya sekarang sedang menduduki semester akhir dan ada baki 1 bulan lagi sebelum final exam. Tapi sekarang saya dalam dilemma untuk isi UPU memandangkan permohonan dah dibuka. Jadi saya harap email ni dapat dibalas dan sedikit sebanyak membantu saya membuat pilihan yang tepat.

Ciri-Ciri Pelajar Farmasi


kumpulan clerkship penulis di Hospital USM.

Sebelum ini, penulis telah pun berkongsi berkenaan ciri-ciri yang perlu ada untuk menjadi seorang pelajar farmasi yang baik, dalam entri yang bertajuk “Persoalan Tentang Bidang Farmasi” hasil dari soalan yang hampir sama yang telah penulis terima.

Secara kesimpulannya, apa yang telah penulis kongsi dalam entri tersebut adalah, untuk menjadi seorang pelajar farmasi yang baik, seseorang itu perlu ada ialah semangat tidak mudah putus asa, dan sanggup menjadi “life-long-learner”.

Pemilihan IPTA Untuk Jurusan Ijazah Sarjana Muda Farmasi


Dalam hal ini, perkaran yang paling penting dalam pemilihan IPTA mahupun IPTS dalam bidang farmasi adalah, pastikan dahulu IPT tersebut diiktiraf oleh Lembaga Farmasi Malaysia untuk menjalankan program ijazah sarjana muda farmasi.

Bagi melihat senarai IPT yang diiktiraf oleh Lembaga Farmasi Malaysia, boleh ke lawan sesawang www.pharmacy.gov.my atau ke pautan link dibawah :

Senarai Ijazah Farmasi Diiktiraf Lembaga Farmasi Malaysia - https://www.pharmacy.gov.my/v2/ms/entri/senarai-ijazah-farmasi-diiktiraf-lembaga-farmasi-malaysia.html

Senarai Universiti Tempatan Dibenarkan Menawarkan Kursus Farmasi - https://www.pharmacy.gov.my/v2/ms/entri/senarai-universiti-tempatan-dibenarkan-menawarkan-kursus-farmasi.html

Dari segi peluang pekerjaan, tak ada banyak perbezaan sebenarnya dari IPT mana pelajar itu belajar. Yang penting, belajar bersungguh-sungguh, lulus degree dengan keputusan yang baik, insyaAllah, peluang pekerjaan itu ada.

Cuma sekarang ini, peluang pekerjaan sudah semakin terhad dalam bidang farmasi, tidak seperti zaman penulis dahulu. Pelajar perlu lebih proaktif dalam menentukan farmasi bidang mana yang ingin diceburi. Boleh rujuk entri Persoalan Tentang Bidang Farmasi dan entri Penempatan Farmasi Sudah Penuh?

Kehidupan Sebagai Pelajar Farmasi


Bagi penulis, kehidupan sebagai seorang pelajar farmasi adalah agak sibuk tetapi enjoyable. Selain masa dihabiskan dalam kuliah, dalam makmal, menyiapkan tugasan assignment dan ulangkaji, penulis juga banyak habiskan masa dengan aktiviti ko-k dan persatuan.

Maksudnya, student farmasi ini tidaklah hanya terikat dengan study semata-mata, masih boleh luangkan masa berpersatuan dan dan enjoy bersama kawan-kawan, asalkan bijak menguruskan masa. 

Ask Your Pharmacist


Setakat ini dahulu persoalan dan jawapan yang dapat penulis kongsikan. Jika terdapat persoalan-persoalan berkaitan bidang Farmasi, boleh ajukan kepada email mfaizakaria@gmail.com. Yang mana mampu, penulis akan cuba sedaya untuk menjawab. InsyaAllah..

Tanyalah Ahli Farmasi anda. #AskYourPharmacist

Tuesday 22 January 2019

Khasiat minum teh kepada jantung


Sebelum ini, penulis ada berkongsi tentang minuman kopi dan khasiatnya terhadap kesihatan. (lihat entri Kebaikan Kopi Dari Segi kesihatan) Tetapi bagai mana pula dengan minuman teh? Sebagai seorang yang gemar minum teh, penulis juga tertanya-tanya berkenaan hal ini.

Berikut antara kajian yang penulis jumpai berkenaan khasiat minum teh, terutamanya bagi pesakit jantung.

Khasiat minum teh kepada jantung



Sebuah kajian yang telah dijalankan pada tahun 2016 telah menunjukkan pengambilan minuman teh boleh membantu mengurangkan risiko penyakit jantung. Menurut penulis kajian tersebut, Dr P Elliott Miller dari National Institutes of Health, menyatakan bahawa peminuman teh yang biasa (moderate) dapat kurangkan kejadian serangan penyakit jantung berbanding minuman kopi.

Kajian ini menyokong saranan “American Heart Association” yang menyatakan pengambilan teh secara kebiasaan merupakan sebahagian daripada gaya hidup yang sihat. 

Hasil kajian ini telah diterbitkan pada 15 september 2016 oleh “American Journal of Medicine” yang menunjukkan mereka yang mengambil 1 cawan teh sehari atau lebih, boleh mengurangkan kejadian penyakit jantung, berbanding mereka yang langsung tidak meminum teh.

Hasil kajian ni mungkin disebabkan oleh kandungan antioxidant yang terdapat dalam teh. Menurut Dr Miller, hasil kajian ini juga mungkin disebabkan oleh kandungan flavonoids yang terdapat dalam teh dimana terdapat beberapa kajian lain yang menyokong khasiat flavonoids bagi penyakit jantung koronari. 


Mungkin ramai antara pesakit jantung yang tertanya-tanya adakah minuman berkaffein seperti kopi dan teh boleh diminum atau tidak. Berdasarkan kajian ini, ianya menunjukkan terdapat kesan yang baik bagi teh dan tiada kesan (neutral effect) bagi kopi. Oleh yang demikian, boleh dikatakan bahawa pengambilan air teh pada kadar biasa (1 hingga 2 cawan sehari) adalah selamat diambil oleh pesakit jantung, menurut Dr Miller.

Walaubagaimanapun, ini adalah kajian “observational study” dimana kata putus secara mutlak tidak dapat dipastikan sama ada benar kesan positif ini datang daripada minuman teh, ataupun berpunca dari gaya hidup peminum itu sendiri.


Sumber dan rujukan:
1. Miller PE, Zhao D, Frazier-Wood AC, et al. Associations between coffee, tea, and caffeine intake with coronary artery calcification and cardiovascular events. Am J Med 2016; DOI:10.1016/j.amjmed.2016.08.038.
2. Moderate Tea Drinking May Slow CAC Progression, Cut CV Event Risk: MESA - Medscape - Sep 23, 2016.

Friday 21 December 2018

Persoalan Tentang Bidang Farmasi v2


Baru-baru ni penulis telah menerika email dari adik Nur Ilham yang menanyakan beberapa soalan berkenaan bidang farmasi. Mungkin adik Nur Ilham dapat email penulis dari entri ini : Persoalan Tentang Bidang Farmasi. 

Alhamdulillah, masih ada yang berminat dalam bidang farmasi walaupun kini Status pekerja tetap untuk doktor, ahli farmasi dan doktor gigi dalam perkhidmatan awam tidak lagi terjamin.[1]. Dah tak seperti dulu.


Ditambah pula dengan baru-baru ini Kementerian Kesihatan Malaysia panas dengan isu penamatan pegawai farmasi kontrak yang telah tamat latihan siswazah atau khidmat wajib dimana mereka tidak dapat lagi untuk terus berkhidmat dengan kerajaan.[2]

Persoalan Tentang Bidang Farmasi v2


Berbalik kepada tajuk, berikut adalah soalan yang penulis dapat dari email tersebut:

1) Kalau chemistry asyik dapat C, layak ke saya ambil bidang ni? biology saya always A.

Berdasarkan soalan, saya syak adik Nur Ilham sekarang mungkin baru habis SPM. Kalau betul berminat bidang farmasi, seeloknya habiskan pelajaran sekurang-kurangnyanya hingga ke ijazah sarjana muda (degree) farmasi. Jika lebih dari itu (master, dsb) adalah satu bonus.

Sebelum memausi ijazah sarjana muda, perlu habiskan sama ada STPM, diploma, matrikulasi, ataupun A-level. Maka, Syarat kelayakan untuk masuk degree farmasi bergantung kepada result tersebut.

Sekarang ini, cuba target dulu untuk lulus masuk STPM / diploma / matrikulasi / A-level. Selepas itu, cuba usaha lebih lagi supaya cemerlang untuk terus ke ijazah sarjana muda farmasi.

Sebagai contoh, kelayakan untuk masuk ke program matrikulasi 2 semester dalam jurusan sains, memerlukan minimum pencapaian SPM seperti berikut :[3]

Program matrikulasi 2 semester (sains)
Mata pelajaran
Gred
Bahasa melayu
C
Bahasa inggeris
B
Matematik
C
Matematik tambahan
C
Kimia
C
Fizik / biologi
C
sejarah
lulus

Untuk kelayakan minimum bagi kemasukan ke STPM / diploma / A-level. Boleh cuba cari online. Selepas tamat STPM / diploma / matrikulasi / A-level, baru boleh masuk ke program ijazah sarjana muda farmasi.

Untuk laluan yang lebih lanjut, boleh rujuk entri bertajuk Kelayakan Minimum Ke Program Ijazah Farmasi[4]

2) Saya seorang yang phobia darah, kalau tengok darah yang terlampau banyak atau tengok video surgery, saya akan pengsan on the spot. Agak-agak boleh ke saya survive dalam bidang pharmacy?

Boleh! Tak ada masalah. Saya sendiri pun ada sedikit fobia dengan jarum suntikan. Boleh saja. Farmasi tak cucuk orang! 

3) Saja nak tahu, dekat U abang dulu, perempuan ke lelaki yang lagi ramai dalam kos pharmacy ni?


Saya rasa, di mana-mana university pun selalunya sama sahaja. Majority kelas akan didominasi oleh perempuan. Contohnya, kelas saya dulu nisbah perempuan dan lelaki adalah sekitar 8:1

Ask Your Pharmacist


Jika ada sebarang persoalan berkenaan bidang farmasi, mahupun berkenaan ubat, jangan segan silu, boleh bertanya di ruangan komen. Atau boleh juga emailkan kepada faizakaria@gmail.com . yang mana saya boleh bantu/jawab, saya akan cuba, insyaAllah.

sumber dan rujukan
1. Loh Foon Fong. (2017 Jan 19). Tiada Jaminan Status Tetap Dalam Perkhidmatan Awam Untuk Graduan Perubatan. MStar. Dipetik dari https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2017/01/19/tiada-jaminan-status-tetap
2. BERNAMA. (2018 Dec 3).Tiada obligasi serap pegawai farmasi tamat latihan siswazah, khidmat wajib - Dr Dzulkefly. Dipetik dari http://www.bernama.com/bm/news.php?id=1671558
3. Syarat Kelayakan Permohonan Program Matrikulasi KPM. Permohonan.my. dipetik dari https://www.permohonan.my/syarat-kelayakan-permohonan-program-matrikulasi/
4. Pha Is. (2013 Jan 15). Kelayakan Minimum Ke Program Ijazah Farmasi. Hikayat Budak Pening. Dipetik dari https://www.budakpening.com/2013/01/kelayakan-minimum-ke-program-ijazah.html
5. Faiz Zakaria. (2017 Jul 6).Persoalan Tentang Bidang Farmasi. Nota Farmasi. Dipetik dari https://notafarmasi.blogspot.com/2017/07/persoalan-tentang-bidang-farmasi.html
6. Afterschool.my. (2017 jan 24). Doktor & Ahli Farmasi Tiada Jaminan Jawatan Tetap dalam Kerajaan Walaupun Pengajian Ditaja oleh Kerajaan. Afterschool.my. dipetik dari https://afterschool.my/bm/berita/doktor-ahli-farmasi-tiada-jaminan-jawatan-tetap-dalam-kerajaan-walaupun-pengajian-ditaja-oleh-kerajaan




Friday 26 October 2018

Tips pembelian ubat atas talian


Sekarang dunia sudah semakin maju. Pelbagai urusan boleh dilakukan hanya dengan menggunakan perkhidmatan atas talian (online), termasuklah urusan jual beli barangan. Walaupun ianya memudahkan, tetapi pembelian atas talian ini sebenarnya tidak sesuai untuk semua barangan, terutamanya barangan yang melibatkan kesihatan.


Oleh yang demikian, Kementerian Kesihatan Malaysia ingin menasihatkan orang awam agar berwaspada ketika membuat pembelian ubat atas talian (online) kerana ianya boleh menyebabkan bahaya kepada kesihatan badan. Hal ini kerana ubat yang dijual atas talian belum tentu terjamin keselamatan, keberkesanan dan kualiti ubat tersebut.

Pembelian ubat secara online dari sumber yang tidak sah berkemungkinan anda mendapat ubat yang tidak berdaftar, ubat tiruan atau ubat yang dicemari racun berjadual yang boleh memudaratkan nyawa anda.

Jadi, disini penulis cuba kongsikan beberapa tips yang boleh diamalkan sekiranya ingin melakukan aktiviti pembelian ubat atas talian.

Tips pembelian ubat atas talian


1. Dapatkan nasihat daripada pengamal perubatan bertauliah atau ahli farmasi sebelum membeli sebarang produk kesihatan.

2. Pastikan ubat yang dibeli adalah ubat yang berdaftar dengan KKM yang mempunya nombor MAL dan sticker hologram sahaja.


3. Hanya boleh membeli ubat yang telah berdaftar dengan KKM dibawah katagori yang berikut sahaja :
a. over-the-counter (OTC), (nombor MAL diakhiri dengan huruf X). contoh : MAL12025061X
b. tradisional (nombor MAL diakhiri dengan huruf T). contoh : MAL19970196T
c. suplemen kesihatan (nombor MAL diakhiri dengan huruf N). contoh : MAL12125003N

4. Ubat yang memerlukan preskripsi TIDAK BOLEH dijual secara online. (No. MAL diakhiri dengan A). contoh : MAL18046135AZ



5. Hanya dapatkan ubat daripada laman web yang dikendalikan oleh ahli farmasi yang berlesen sahaja.

6. Pastikan pembekal mempunyai premis perniagaan fizikal yang sah

7. Elakkan membeli ubat dari laman web luar negara.

8. Pastikan iklan ubat mempunyai nombor kelulusan KKLIU


9. Jangan terpedaya dengan iklan dengan janji-janji manis terutamanya melibatkan penyakit-penyakit kronik. Semak iklan ubat yang telah diluluskan di www.pharmacy.gov.my

Dapatkan tips atau panduan lanjut pembelian ubat dalam talian (online) di portal https://www.pharmacy.gov.my/v2/ms/website/waspada-belian-ubat-online.

#AskYourPharmacist


sumber dan rujukan:
1. Waspada Pembelian Ubat "Online", Laman Portal Rasmi Program Perkhidmatan Farmasi KKM. dipetik dari https://www.pharmacy.gov.my/v2/ms/website/waspada-belian-ubat-online
2. Poster, Bahagian Perkhidmatan FArmasi JKN kelantan. dipetik dari http://farmasiklt.moh.gov.my/v1/poster/
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...